Pages

Saturday 15 December 2012

Kawasan Industri Di Malaysia


Taburan Kawasan Perindustrian di Asia   
a. Jepun
®
®
®
kawasan perindustrian Keihin (Tokyo-Yokohama-Kawasaki)
kawasan perindustrian Chukyo (Nagoya)
kawasan perindustrian Hanshin (Kobe-Osaka-Kyoto)
b. China
®
Anshan-Fushun-FuxinBeijing  dan Tianjin
c.  Korea Selatan
®
Yosu - Masan, Pusan - Pohang
d.  India
®
Lembah Damodar- Culcutta-HooghlyMadurai - BangaloreBombay dan Poona

Perindustrian di Jepun 
  1. Jepun merupakan negara perindustrian yang paling maju di Asia.  
  2. Jepun adalah pengeluar utama kereta, kapal penumpang dan tangki minyak di dunia.  
  3. Faktor-faktor yang menggalakkan perindustrian di Jepun ialah :- 
      a.      sumber tenaga yang murah, iaitu tenaga hidroelektrik
b.      tenaga pekerja yang  ramai dan mahir  
c.      jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang padat
         dan lengkap  
d.      etika pekerja yang baik  
e.      pemindahan teknologi dari negara-negara barat  
 f.      polisi kerajaan yang menggalakkan perindustrian 

  1. Masalah industri perkilangan di Jepun ialah :-  
      a.      kekurangan bahan mentah tempatan  
b.      pencemaran alam  
c.      kos pengeluaran semakin meningkat 

  1. Jenis-jenis industri yang utama ialah :-  
Kawasan Perindustrian
Jenis Industri
Kawasan perindustrian Keihin
- besi dan keluli, membina dan membaiki kapal, bahan kimia, tekstil, makanan dan kejuruteraan elektrik

Kawasan perindustrian Hanshin
- tekstil, kejuruteraan, besi dan keluli, petrokimia, sutera dan kain

Kawasan perindustrian Kitakyushu
- kapal, besi dan keluli, kejuruteraan elektrik, bahan kimia dan makanan

Kawasan perindustrian Chukyo
- kain kapas dan sutera, bahan kimia, kereta dan makanan/minuman


Perindustrian di China  

  1. Bekalan arang batu dan bijih besi tempatan menggalakkan perkembangan industri besi dan keluli.  
  2. Jenis-jenis industri utama ialah :- besi dan keluli, tekstil dan bahan kimia.  
  3. Kawasan perindustrian yang terpenting ialah :- Anshan, Fushan dan Shanghai.  

Perindustrian di India  

  1. Bekalan bahan mentah tempatan seperti kapas, arang batu dan bijih besi menggalakkan perkembangan perindustrian di India.  
  2. Jenis industri yang utama di India ialah :-  besi dan keluli, kejuruteraan, tekstil dan kimia.  
  3. Industri tekstil merupakan industri yang terpenting dan tertua di India.  
  4. Kawasan dan jenis industri yang utama ialah :-  
Kawasan Perindustrian
Jenis Industri
Damodar-Calcutta- Hooghly
- jut, sutera, bahan kimia, besi dan keluli, barangan elektrik dan mesin

Bangalore-Coimbatore-Madurai
-  kain kapas, barang elektrik, besi dan keluli, alat-alat mesin dan kereta

Bombay-Poona
- kain kapas, kulit, kereta, baja dan pembinaan kapal

Ahmadabad-Baroda

- kain kapas, rayon dan pembersihan  minyak
   
 Kemajuan dalam Sektor Perkilangan di Benua Asia  
a. komputer
- menjamin mutu barangan kilang

b. robot
- mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh

c. mesin moden
- menggunakan  mesin moden seperti mesin memintal automatik dan relau bagas automatik untuk meningkatkan pengeluaran.

d. kombinat
- di Jepun, industri-industri lama yang telah merosot dikumpulkan di kawasan baru dan infrastruktur moden disediakan di kawasan baru tersebut.

e. technobelts
- ditubuhkan di Korea Selatan untuk menyebarkan maklumat teknologi melalui komputer ke  pusat-pusat perindustrian

f. SAIL
- ditubuhkan oleh kerajaan India untuk menyelaraskan pembangunan industri dalam sektor awam dan swasta  
g. zon perindustrian
- diperkenalkan di negara China, setiap zon mempunyai sumber bijih besi dan arang batu sendiri untuk  mengurangkan kos mengangkut bahan mentah

   

Pengkhususan Perindustrian  

1.            Pengkhususan dalam perindustrian dijalankan di negara-negara yang 
  mempunyai banyak bahan mentah tempatan.

2.            Contohnya:- 
                Getah di Malaysia telah menggalakkan industri berasaskan 
         getah seperti tayar,  kasut, dan sarung tangan.
 
Diversifikasi Perindustrian 
  1. Tujuan diversifikasi (mempelbagaikan industri):
    -   mengurangkan pergantungan kepada satu atau dua jenis
        industri sahaja
    , contohnya:-
    i)  Kerajaan Malaysia menggalakkkan industri berat selain industri
        memproses dan industri ringan.
    ii) kerajaan Hong Kong menggalakkan industri elektronik untuk
        mengurangkan  pergantungan terhadap industri  tekstil. 
    iii) kerajaan Arab Saudi menggalakkan pembangunan industri yang
         tidak berasaskan petroleum dan gas asli seperti simen,
         kenderaan dan barang-barang keluli.  

Kesan Pembangunan Perindustrian Terhadap Alam Sekitar 

Punca
Kesan
Pencemaran udara

Akibat pengeluaran gas beracun
Menjejaskan kesihatan
Hujan asid

Akibat kandungan gas beracun dalam udara
Tanah tidak subur
Pencemaran air
Akibat pembuangan sisa kilang ke dalam sungai / kolam
Hidupan air musnah
   




0 comments:

Post a Comment