POLITEKNIK SEBERANG PERAI :
Politeknik pertama menawarkan program sepenuh masa Diploma In Logistics And Supply Chain Management (DLS). Program ini juga ditawarkan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) pahang. Program ini telah menerima kemasukan pelajar perintis seramai 10 orang pada Januari 2008. Pada Julai 2009, psp telah mempunyai seramai 71 orang pelajar DLS yang sedang berada di semester satu, dua dan tiga.
DIPLOMA IN LOGISTICS AND SUPPLY CHAIN MANAGEMENT (DLS)
Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah bekerjasama dengan industri-industri logistik dan pengurusan rangkaian bekalan (supply chain management) untuk membangunkan kurikulum program ini. Kolaborasi ini adalah bertujuan untuk melengkapi pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang relevan bagi menghadapi cabaran globalisasi dan menepati kehendak industri logistik dan rangkaian bekalan. Lanjutan dari ini, maka bahagian pembangunan kurikulum, JPPKK dengan kerjasama industri logistik telah memperkenalkan program Diploma In Logistics And Supply Chain Management (DLS). Kurikulum yang telah dibangunkan ini telah menggabungkan aktiviti logistik dan rangkaian bekalan dengan prinsip-prinsip pengurusan logistik secara akademik dan vokasional serta kemahiran dan pengetahuan melalui teknik pengajaran dan pembelajaran yang inovatif.
MENGAPA PROGRAM DIPLOMA IN LOGISTICS AND SUPPLY CHAIN MANAGEMENT INI PENTING?
Program ini merupakan program yang paling popular dan sangat diperlukan oleh majikan bukan sahaja di malaysia, malah di seluruh dunia. ianya di bangunkan untuk membantu pihak pengurusan merancang, melaksana dan mengaplikasi kemahiran yang diperolehi di dalam pelbagai industri logistik dan rangkaian bekalan.sukatan program ini telah direkabentuk dengan hasrat dapat memberi pengetahuan kepada pelajar agar mereka dapat membuat persediaan dan melengkapi diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang komprehensif di dalam bidang tersebut dan dapat mengabungkan semua aspek logistik dan rangkaian bekalan.
UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI :
Pn. Norlia bt Zakaria( 019-4780962 / 04-5383322/ ext 2013)
Pn Hasmiza bt Taib(013-4373004/ 04-5383322/ ext 2017)
Pn Hasmiza bt Taib(013-4373004/ 04-5383322/ ext 2017)
0 comments:
Post a Comment