15/04/2012 3:40pm
SHAH ALAM — PortsWorld, pakar perundingan dan penyelidikan logistik serta maritim utama Malaysia, memulakan inisiatif untuk menyediakan kursus diiktiraf antarabangsa dalam logistik dan pengangkutan maritim, menerusi kerjasama dengan universiti dari Belanda.
Pengarah Urusan PortsWorld, G.Durairaj, berkata, syarikat perunding itu sedang bekerjasama rapat dengan University of Rotterdam, The Netherlands Maritime University dan Open University Malaysia (OUM), untuk menawarkan kursus khusus bagi membantu memenuhi permintaan modal insan yang semakin meningkat dalam sektor logistik dan pengangkutan di Malaysia.
Beliau berkata, program itu sekarang ditawarkan di Logistics Management Studies di Klang, usaha sama antara Institut Pembangunan Profesional (IPD)-OUM dan PortsWorld.
Satu Memorandum Perjanjian antara IPD-OUM, Rotterdam Business School (RBS) dan PortsWorld, dimeterai di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Kerjasama ini memberikan peluang bagi golongan pekerja dewasa dalam sektor logistik fret meneruskan pengajian dalam bidang lebih khusus dalam industri, terutamanya dalam pengurusan perkapalan dan pelabuhan, selain pengurusan rantaian bekalan dan logistik. —BERNAMA
0 comments:
Post a Comment