Pages

Wednesday 12 December 2012

Perindusrtian Di Malaysia



KEPENTINGAN PERINDUSTRIAN
  1. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
  2. Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk gantikan barangan import.
  3. Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan - sumber bahan mentah industri.
  4. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan.
  5. Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan.
  6. Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara sumber pertukaran wang asing.
 JENIS-JENIS PERINDUSTRIAN
  1. Perindustrian Berat.
  2. Perindustrian Ringan.
  3. Industri Pelancongan.
  1. PERINDUSTRIAN BERAT
  • Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang perlukan kemahiran tinggi.
  • Perlukan modal yang besar.
  • Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).
Contoh :
  • membuat kereta proton saga (Shah Alam)
  • membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang)
  • Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung)
  • Loji gas cecair (Bintulu Sarawak)
  • Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)
  1. PERINDUSTRIAN RINGAN
  1. Industri Memproses
  2. Industri Pembuatan
  3. Industri Desa
Industri Memproses
  1. Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan.
  2. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah.
  3. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya.
  4. Contoh :
  • Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji.
  • Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.
  • Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan.
  • Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.

Industri Desa
  1. Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.
  2. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.
  3. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan.
  4. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong.
  5. Terkenal di Kelantan dan Sabah.
  6. Contohnya :
  • Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh
  • Mengecap batik / tenun sutera.
  • Membuat keropok ikan / udang.
  • Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

Industri Pembuatan
  1. Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna).
  2. Jenis perindustrian yang terpenting.
  3. Contoh : Pembuatan barangan elektrik, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya.
  4. Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap.
  5. Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan.
  6. Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia.
  1. PERINDUSTRIAN PELANCONGAN
  1. Industri paling popular di negara ini.
  2. Pelancongan membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan yang mundur seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Rantau Abang, Desaru, dsbnya.
  3. Sektor-sektor lain seperti hotel, restoran, taman rekreasi, perkhidmatan turut berkembang.
  4. Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan program-program pelancongan di dalam dan di luar negeri.
  5. Faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan :
  • Pandangan darat semula jadi yang menarik seperti pantai berpasir, bukit peranginan, gua batu kapur, dan taman negara.
  • Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan perayaan.
  • Terdapat bangunan yang cantik dan bersejarah seperti rumah ibadat, istana, Kota A-famosa, Jambatan Pulau Pinang, zoo, muzium, menara Kuala Lumpur, dsbnya.
  • Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan untuk dinikmati oleh para pelancong.
  • Terdapat kemudahan seperti hotel, pusat beli-belah, agensi pelancongan, dan sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INDUSTRI DI MALAYSIA
1.
Modal
  • Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan - dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)
2.
Sumber tenaga (air sungai)
  • Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang.
  • Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)
3.
Banyak kemudahan asas
  • Perhubungan dan pengang-kutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya).
4.
Bekalan bahan mentah
  • Banyak, mudah didapati dan mencukupi.
5.
Pasaran
  • Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.
6.
Dasar kerajaan
  • Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan.
  • Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya :
  1. Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas.
  2. Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way.
  3. Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang
  • Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.
7.
Tenaga buruh
  • Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir / separuh mahir.
8.
Sistem pengangkutan
  • Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.
KESAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN KE ATAS ALAM SEKITAR
a.  Pencemaran Air
  • Disebabkan oleh pembuangan bahan sisa kilang getah / kelapa sawit ke dalam sungai.
  • Pembuangan bahan-bahan kimia dan sisa toksid yang merbahaya kepada manusia dan hidupan lain, menyebabkan pertambahan bahan organik secara langsung kurangkan bekalan oksigen - hidupan air terancam dan mati.
  • Berlakunya wabak penyakit dan mengancam kesihatan pengguna.

b.  Pencemaran Udara
  • Asap dan gas beracun daripada kilang dilepaskan ke udara.
  • Hasil aktiviti kilang simen, kilang papan, kilang memecah batu - keluarkan habuk
  • Kilang getah getah dan kelapa sawit keluarkan bau busuk.
c.  Pencemaran Bunyi
  • Daripada jentera dan kenderaan di kilang.
d. Pencemaran Darat
  • Pembuangan sampah-sarap secara berleluasa menyebabkan longkang dan parit tersumbat
  • Banjir kilat
  • Pembukaan kawasan perindustrian, perumahan, jalan raya juga akibatkan masalah hakisan tanah
LANGKAH PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
  1. Lengkapkan kilang-kilang dengan alat mengukur pencemaran udara - mengukur kandungan habuk dan asap. Sekiranya tinggi - berusaha untuk kurangkan / atasi masalah.
  2. Pengusaha menapis asap supaya gas beracun dan asap tak dilepaskan ke udara.
  3. Sisa-sisa lebihan dari kilang memproses bahan-bahan pertanian diproses jadi bahan makanan binatang.
  4. Kenakan denda atau menarik balik lesen / permit jalankan kegiatan perkilangan.
  5. Menyedarkan orang ramai supaya lebih bertanggung jawab terhadap alam sekitar.
  6. Mengadakan undang-undang yang mewajibkan pengusaha kilang mengambil langkah untuk mencegah pencemaran. Contohnya : membina kolam pemendapan untuk sisa-sisa cecair - pemasangan penapis di corong asap (Akta Mutu Alam Sekitar).
  7. Adakan program pendidikan alam sekitar untuk orang ramai - pengusaha kilang.
  8. Adakan sistem pembuangan dan pengumpulan sampah sarap dan bahan buangan yang lebih teratur.
  9. Pengusaha kilang hendaklah jalankan kerja-kerja pengasingan bahan beracun dari bahan buangan sebelum dibuang ke sungai / tempat buangan.
  10. Bina kawasan perindustrian jauh daripada kawasan perumahan dan pastikan kawasan industri ini mempunyai tempat pembuangan sisa dan saluran longkang yang teratur dan baik.
GALAKAN DAN PERANAN KERAJAAN DALAM MEMAJUKAN
LAGI BIDANG PERINDUSTRIAN
  1. Sediakan tapak / kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, perhubungan dan pengangkutan, kemudahan elektrik dsbnya.
  2. Sediakan kemudahan pinjaman modal melalui bank dan sumber-sumber lain (Bank Perdagangan dan MARA).
  3. Menekankan kepentingan mata pelajaran teknikal dan vokasional untuk melatih pekerja mahir.
  4. Menubuhkan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian) untuk bantu pelabur tempatan dan luar negeri - khidmat nasihat, maklumat dan dorongan.
  5. Memberikan perlindungan tarif perintis kepada jenis-jenis industri baru (beri galakan seperti pengecualian cukai dan pinjaman untuk jangka masa tertentu).
  6. Mewujudkan zon perdagangan bebas cukai untuk tarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju yang lain. Zon perdagangan bebas yang ada di Malaysia terletak di Sungai Way, Bayan Lepas dan Pasir Gudang. Kilang-kilang di kawasan ini diberikan beberapa keistimewaan seperti insentif cukai, kemudahan kredit serta pengecualian cukai eksport dan import.
  7. SIRIM ditubuhkan dengan tujuan menjamin mutu keluaran hasil pengeluaran kilang dan jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu barangan.
  8. Berikan bantuan kewangan melalui Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajuka industri berat (mmbuat kereta dll).
  9. Malaysia Industrial Estates Limited (MIEL) sediakan bangunan-bangunan untuk disewa / jual kepada pengusaha-pengusaha kilang.


0 comments:

Post a Comment