Pages

Thursday, 13 December 2012

Industri Di Malaysia: Pengenalan

1. Peta taburan lokasi kegiatan industri perkilangan di Malaysia.

2. Taburan lokasi industri perkilangan di Malaysia
a. Lembah Kelang (Shah Alam, Petaling jaya, Kelang ),
b. Luar Lembah kelang (Bandar Baru Bangi, Kajang Teluk Panglima garang, Rawang )
c. Bayan Lepas, Perai, Mak Mandin (Pulau Pinang )
d. Sungai Petani, Mergong dan Kulim (Kedah)
e. Lembah Kinta, Kemunting dan Tanjung Maling,Perak
f. Paka – Kerteh (Terengganu)
g. Gebeng, Semambu dan Bentong (Pahang)
h. Pasir Gudang, Larkin, Tampoi dan Batu Pahat (Johor)
i. Senawang (Negeri Sembilan )
j. Air Keroh (Melaka)
k. Bintulu (Sarawak)
l. Likas, Kok Kawi dan Kota Kinabalu (Sabah)
m. Pengkalan Chepa (Kelantan)

3. Jenis-jenis industri perkilangan di Malaysia. 

i.) Industri memproses

Contoh :
Industri memproses kelapa sawit dan getah asli, memproses koko, lada
hitam, minyak kelapa sserta industri memproses kayu balak dan kilang
perabut.

ii.) Industri pembuatan

Contoh :
a. Industri bukan berasaskan sumber
1. Industri barangan elektrik dan elektronik ( radio, lampu,
komputer)
2. Industri automotif (kereta Proton waja, Perodua Kancil)

b. Industri berasaskan sumber

1. Industri berasaskan kayu (kayu lapis, perabut, bot)
2. Industri berasaskan getah (tayar, tilam ,sarung tangan)
3. Industri berasaskan kelapa sawit (minyak masak, sabun)
4. Industri menapis petroleum dan mencair gas asli
(petrol,diesel dan gas, minyak pesawat, minyak tar.)
5. Industri berasaskan kimia (cat, bahan pencucui baja pertanian)
6. Industri makanan dan minuman (makanan dalam tin, minuman,
rempah ).

4. Huraikan maksud industri berikut: 
i) Industri Primer / Industri memproses 

Industri peringkat pertama merujuk kepada industri memproses bahan
mentah dari sektor pertanian, perhutanan, perikanan dan perlombongan.
Contohnya industri memproses kelapa sawit dan getah asli, memproses
koko, lada hitam, minyak kelapa serta industri memproses kayu balak dan
kilang perabut.


ii) Industri Sekunder / Industri Pembuatan. 

Industri peringkat kedua atau industri pembuatan melibatkan proses
penukaran bahan mentah menjadi barangan siap dan separa siap.
Industri pembuatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu;

a. Industri pembuatan berasaskan sumber alam contohnya industri
pembuatan sabun. Majerin, minyak masak dari minyak sawit yang
telah diproses.Industri pembuatan sarung tangan, dantayar dari getah
asli. Industri petrokimia, racun serangga, pembuatan cat dari sumber
gas asli.

b. Industri pembuatan bukan berasaskan sumber alam, contohnya
industri pembuatan barangan elektrik dan elektronik serta industri
automatif.


iii) Industri Tertier 

Merupakan jenis industri yang menyediakan segala jenis perkhidmatan kepada pelanggan. Contohnya industri pengangkutan dan telekomunikasi, sektor pelancongan, sektor pembinaan yang menyediakan perumahan dan infrastuktur, sektor kewangan dan bank dan sebagainya.

iv) Industri berat 

Iaitu industri yang memerlukan modal yang besar, teknologi yang tinggi dan menggunakan tenaga pekerja mahir yang ramai.

v) Industri Kecil dan sederhana. 

Industri/kilang yang mempunyai keupayaan modal kurang daripada RM 500 000 dikelaskan sebagai industri kecil dan kilang yang mempunyai modal RM 500 000 hingga RM 2.5 juta dikelaskan sebagi industri sederhana.

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pesat sektor perkilangan di
Malaysia @ kelebihan Malaysia dalam menjana perkembangan pesat sektor
perindustrian.
Kemerosotan dalam sumbangan komoditi utama seperti sektor pertanian, pembalakan dan perlombongan bijih timah relatif dengan sektor perkilangan.sumbangan KDNK sebelum 1990 adalah dari keluaran komoditi utama. Kini peranan tersebut telah diambil alih oleh sektor perkilangan terutama sektor pembuatan.Keadaan ini bukan bererti pengeluaran komoditi utama merosot tetapi disebabkan peratus pengeluaran lebih kecil dibandingkan dengan sumbangan sektor perkilangan.

Faktor dasar atau polisi kerajaan . Sektor perkilangan telah dikembangkan dengan mengadakan pomosi, galakan pelaburan, pemberian taraf perintis, mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ), dan lain-lain intensif disamping memperbaiki kemudahan asas dan perkhidmatan. Dengan adanya galakan-galakan ini, pelaburan dari luar negara dan dalam negara kian meningkat dalam sektor perkilangan dan telah memberikan sumbangan terbesar kepada KDNK Malaysia.

Faktos modal turut memainkan peranan penting dalam mengembangkan sektor industri perkilangan di Malaysia. Kestabilan politik jangka panjang telah menarik kemasukkan modal asing untuk melabur didalam pelbagai jenis industri perkilangan di Malaysia. Dana tempatan pula daripada pinjaman kerajaan dan intitusi kewangan setempat juga semakin meningkat. Kilang-kilang dapat didirikan di jaluran atau koridor industri pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia dengan modal yang ada.

Faktor teknologi. Dengan adanya kemajuan teknologi, pemindahan teknologi, kepakaran, dan R&D dibidang perkilangan dalam pelbagai peringkat pengeluaran akan mengembangkan sektor ini. Peningkatan teknologi ini membolehkan pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti dan menjamin permintaan yang tinggi di pasaran.

Faktor buruh. Penawaran buruh tempatan yang murah dan banyak khususnya yang berkaitan dengan operator pengeluaran menjadi daya tarikan pelabur untuk menanam modal dalam sektor perindustrian. Penawaran buruh yang murah akan menjimatkan kos pengeluaran perindustrian. Penawaran buruh murah di Malaysia, adalah dari kalangan penduduk muda yang menjadi sebahagian besar komposisi penduduk Malaysia. Contonya kilang-kilang elektronik banyak menggunakan tenaga buruh wanita sebagi operator pengeluaran.

Faktor pasaran. Saiz pasaran yang luas dari dalam dan luar negara terhadap produk perkilangan mempengaruhi perkembangan sektor perkilangan. Pasaran pula bergantung kepada saiz penduduk, kuasa beli pengguna serta kualiti barangan industri yang dikeluarkan. Keluaran barangan industri di Malaysia bukan sahaja berkualiti malaah begitu kompetetif untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Contohnya Malaysia menjadi pengeluaran terbesar alat hawa dingin di dunia dan mendapat pasaran yang cukup baik di negara-negara timur tengah. Produk yang lain juga telah berjaya dipasarkan dengan meluas di Amerika Syarikat, pasaran negara Eropah dan lain-lain.

6. Faktor / peranan kerajaan dalam membangunkan sektor perindustrian di
Malaysia


Mengadakan promosi. Langkah memperhebatkan promosi, menggalakkan kemasukkan pelabur, pemberian skim intensif seperti pemberian taraf perintis, mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ), melengkapkan prasarana, pengangkutan dan komunikasi, pelabuhan pembandaran dan menawarkan bekalan bahan mentah yang mencukupi.

Melalui dasar kerajaan di mana kerajaan telah mengubah tumpuan ekonomi negara daripada pertanian atau sektor primer kepada industri. Perubahan ini selaras dengan keperluan pembangunan negara agar tidak terlalu bergantung kepada komoditi utama semata-mata. Justeru peruntukan belanjawan negara lebih banyak diberi untuk mempercepatkan pertumbuhan industri perkilangan khususnya industri gantian import dan industri berorientasikan eksport. Kerajaan secara khusus menyediakan Plan Induk Perindustrian negara.

Kerajaan menyediakan sumber tenaga buruh yang mencukupi bagi menjana perkembangan sektor perindustrian negara. Keperluan guna tenaga untuk industri dirancang dan disediakan dengan baik. Bekalan tenaga buruh yang banyak dan murah menjadi tarikan utama pelabur-pelabur luar membuka industri di Malaysia. Keperluan tenaga mahir sentiasa ditingkatkan menerusi pelbagai skim latihan kepakaran (HRD), pengambilan pelajar jurusan sains ke IPT ditambah, R&D sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan untuk meningkatkan produk industri yang berdaya saing dan berkualiti tinggi.

Menjaga kestabilan politik. Kerajaan memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan politik dalam jangka masa yang panjang dan menjamin keamanan dalam negara dikekalkan. Keadaan ini penting untuk mewujudkan iklim pelaburan yang sihat bagi menyakinkan para pelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama utama. Kerajaan juga bertindak dalam mewujudkan jalinan dan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara luar dalam pelbagai bidang khususnya perindustrian.

7.Faktor – faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan industri
di Malaysia
.

1. Kesan dasar penjajahan . Penjajahan terlalu menumpukan pembangunan khususnya pembangunan industri dan pembandaran di kawasan pantai barat Semenanjung atas dasar sumber bahan mentah iaitu bijih timah dan getah yang banyak terdapat di kawasan pantai barat ketika itu.Oleh sebab itu infrastruktur fizikal ,kemudahan pembandaran ,tenaga buruh yang ramai dan murah sudah sedia wujud di kawasan pantai barat. Faktor – faktor ini telah menjadi tarikan untuk kilang – kilang dilokasikan di kawasan berkenaan.

2. Proses urbanisasi yang tidak seimbang yang berlaku antara wilayah – wilayah di Malaysia.Didapati bandar – bandar besar dan moden terlonggok di koridor pantai barat.Bandar – bandar seperti Kuala Lumpur ,Ipoh ,Seremban,George Town dan Johor Bahru semuanya terletak di koridor pantai barat. Bandar – bandar ini sudah lama dan amat pesat membangun berbanding dengan bandar – bandar yang terletak di pantai timur atau tengah semenanjung. Faktor kemajuan bandar amat penting untuk menarik industrik melonggok kearahnya atas sebab kemudahan yang sedia ada ,pasaran yang luas dan juga tenaga kerja yang mudah diperolehi.

3. Kemajuan sistem pengangkutan dan kepadatan jaringannya yang tidak sama antara negeri dan wilayah di Malaysia. Kawasan pantai barat mempunyai sistem pengangkutan yang maju ,jaringan jalan raya ,jalan keratapi yang padat serta kemudahan pelabuhan yang lebih baik seperti Pelabuhan Kelang ,Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Pasir Gudang.Industri lebih cenderung bertumpu di kawasan yang maju dari segi sistem pengangkutan dan perhubungannya kerana ia boleh menjimatkan kos pengeluaran ,memendekkan masa perjalanan ,mudah sampai khususnya ke pelabuhan bagi tujuan urus niaga import dan eksport.

4. Taburan penduduk yang tidak seimbang di Malaysia antara bandar dan luar bandar.Bandar-bandar besar biasanya berpenduduk padat.Industri akan tertarik kepadanya atas sebab penawaran tenaga buruh yang banyak dan juga saiz pasaran yang luas. Justeru itu,kilang-kilang berorentasikan buruh seperti kilang elektronik banyak ditempatkan di bandar – bandar besar.Berbeza dengan kawasan luar bandar yang kekurangan penduduk dan kekurangan penawaran buruh .Hal ini menyebabkan pertumbuhan industrinya amat perlahan dan hanya tertumpu kepada kilang memproses sahaja.

8. Faktor-faktor yang mempengaruhi penyerakan taburan industri di Malaysia 

1.Penyerakan industri bertujuan untuk mengurangkan tekanan terhadap tanah di kawasan Bandar .Penyerakan industri biasanya berlaku daripada kawasan Bandar yang telah padat ke kawasan pinggir atau kawasan luar Bandar.Ini adalah kerana kawasan Bandar telah terlalu padat dan sesak ,yang akhirnya mewujudkan saingan guna tanah di Bandar yang menyebabkan harga tanah menjadi terlalu mahal dan tidak ekonomik untuk dibangunkan dengan kegiatan industri.Oleh itu kawasan pinggir Bandar atau luar Bandar yang masih mempunyai tapak atau tanah yang luas dan murah terpaksa di buka untuk cawangan kilang tersebut.

2.Mengurangkan pencemaran di kawasan Bandar merupakan salah satu faktor menyababkan penyerakkan industri. Ini adalah kerana kadar pencemaran udara,air dan bunyi semakin serius di kawasan perindustrian terutamnya kawasan perindustrian utama seperti Shah Alam dan Petaling Jaya.Oleh itu bagi mengurangkan pencemaran kilang yang sedia ada atau cawangannya digalakkan untuk berpindah ke kawasan luar Bandar yang masih rendah tahap pencemarannya.

3.Faktor seterusnya adalah untuk mewujudkan pembangunan seimbang antara Bandar dan luar Bandar.Dengan adanya penyerakkanindustri ke kawasan luar Bandar ia akan mengubah corak ekonomi luar Bandar menjadi lebih maju dan moden seterusnya sumber-sumber pengeluaran di kawasan luar Bandar dapat dibangunkan dengan sepenuhnya melalui industri-industri memprosesbahan mentah seperti kelapa sawit dan getah.

4.Penyerakan industri ke luar bandar juga bertujuan untuk mengurangkan aliran migrasi daripada luar bandar ke bandar.Dengan terbinanya kilang-kilang di kawasan luar Bandar penduduk tidak lagi perlu berhijrah ke Bandar kerana telah mempunyai peluang pekerjaan yang luas di kawasan luar Bandar.contohnya dalam sektor perindustrian elektrik dan elektronik memerlukan pekerja yang ramai.

5.Penyerakan industri juga bertujuan untuk memajukan ekonomi setempat.Melalui penyerakan industri ke kawasan luar Bandar ia dapat mengembangkan pembangunan ekonomi setempat dan seterusnya mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan luar Bandar.Ia dapat mempelbagaikan sumber ekonomi penduduk luar Bandar dan dapat berubah corak daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi moden dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

6. Penyerakan ini juga dapat mempercepatkan pembangunan social dan kemudahan-kemudahan asas di kawasan luar Bandar seperti kemudahan jalan raya yang sistematik,air,sekolah,hospital dan sebagainya.Ini memandangkan kegiatan industri memerlukan kemudahan yang lengkap untuk membawa masuk bahan mentah dan untuk memasarkan barangan kepada pengguna dan seterusnya kemudahan kepada pekerja-pekerjanya.

9. Tahap-tahap perkembangan sektor perindustrian di Malaysia.
Perindustrian di Malaysia berlaku dalam tempoh empat tahap:

1. Tahap 1 : industri pada era 60an dan 70 an. Pada tahap ini perkembangan industri lebih tertumpu kepada industri memproses sumber-sumber bahan mentah terutamanya daripada hasil pertanian seperti getah,kelapa sawit dan kayu balak. Pada masa ini masa ini kita lebih banyak mengeksport bahan mentah seperti minyak sawit mentah dan getah keping manakala barangan siap pula diimport daripada negara lain. Industri memproses ini boleh berkembang dengan pesat kerana potensi pengeluaran bahan mentah yang tinggi dalam negara.

2. Tahap 2: industri era 80an.Pada masa ini sektpr perindustrian negara telah mengalami peralihan kepada gantian eksport dengan barang-barang keluaran sendiri untuk kegunaan dalam negara.kerajaan telah menukar konsep perindustrian kepada industri gantian import.Bermula dalam era ini keluaran primer tidak lagi dieksport sepenuhnya tetapi diproses menjadibarangan separa siap dan siapuntuk kegunaan dalam negara.Industri telah berkembang dengan pesat bagi mengantikan barangan import seperti kilang lilin,tayar,minyak masak dan lain-lain.

3. Tahap3:era 90an merupakan tahun yang menunjukkan perubahan ketara dalam perkembangan industri di Malaysia.Industri pada masa ini lebih tertumpu kepada industri berasaskan eksport serta mula melibatkan diri dalam industri berteknologi tinggi.Industri pembuatan terus berkembang dan tidak hanya bergantung kepada sektor pembuatan berasaskan sumber sahaja contohnya seperti industri pembuatan barangan elektrik dan elektronik sehingga mendominasi pasaran eksport negara. Pada era ini juga negara mula menceburkan diri dalam bidang automotif dan HICOM telah ditubuhkan serta telah berjaya mengeluarkan kereta nasional yang pertama yang dinamakan sebagi Proton.

4. Tahap 4: Era 2000 hingga kini.Pada masa ini kegiatan perindustrian negara telah menumpukan kepada industri berteraskan elektrik dan elektronik serta automotif. Pellbagai produk automotif yang telah dihasilkan pada masa ini seperti Proton,Perodua,Kenari,Kelisa ,Waja dan sebagainya.Syarikat makin berkembang dan berjaya mengeluarkan kenderaan lain seperti trak dan kereta perisaiuntuk kegunaan ATM.Kini Malaysia turut memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi dan kerajaan telah berjaya membangunkan Multimedia super koridor dan telah menarik ramai pelabur – pelabur daripada syarikat telekomunikasi untuk melaburkan modal dalam MSC.Era 2000 ini turut menunjukkan perkembangan dan peningkatan dalam bidang R&D dan negara telah berjaya menghasilkan produk yang tinggi setanding dengan barangan import dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

10. Kepentingan sektor perkilangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
1. Sektor perkilangan dapat menawarkan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk setempat dalam pelbagai peringkat dalam kerja perindustrian seperti pemprosesan , pengeluaran,pemasangan dan lain – lain.Ianya akan dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk, sebagai contoh sektor pembuatan seperti elektrik dan elektronik, tekstil menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk di kawasan terebut.

2. Sektor perindustrian menyumbang kepada pendapatan negara dan pertumbuhan pesat ekonomi serta Keluaran Kasar Dalam Negara(KDNK).Ianya akan menjadikan ekonomi negara lebih kukuh.Selain itu ia akan turut menyumbang kepada pendapatan eksport negara dan seterusnya dapat memperbaiki defisit imbangan dagangan negara.Contoh barangan yang banyak di eksport seperti kereta nasional,alat penghawa dingin dan lain-lain.

3. Membantu perkembangan teknologi dan R&D dalam negara.,Melalui pemindahan teknologi,kepakaran dan mobiliti buruh mahir serta dapat mempercepatkan program pembangunan dan penyelidikan . Industri perkilangan bergantung kepada HITEC dan inovasi – inovasi baru untuk kekal dalam pasaran antarabangsasebagai contoh Malaysia mendapat pemindahan teknologi dan kemahiran tinggi daripada negara Jepun dan Jerman.

4. Membantu perkembangan industri yang berkaitan (industri hiliran) seperti sektor perkhidmatan ,telekomunikasi dan lain-lain.Industri perkilangan bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor-sektor yang berkaitan dengannya sebagai contoh industri pembuatan minyak masak ,sabun dan lilin akan membantu perkembangan industri memproses minyak sawit.

5. Memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dan meningkatkan produk tempatan.Malaysia banyak barangan terutama keluaran perkilangan berkaitan barangan elektrik,elektronik menembusi pasaran antarabangsa seperti ASEAN dan APEC.Dengan cara ini Malaysia dapat memperolehi keuntungan yang lebih banyak.Ianya menyebabkan saiz pasaran dalam negara juga berkembang pesat.

6. Mempercepatkan pembangunan fizikal dalam negara seperti pembangunan infrastruktur,pembangunan kemudahan sosial dan sebagainya.Kewujudan kawasan kilang dapat menyediakan pelbagai kemudahan asa kepada penduduk seperti perumahan ,perkhidmatan dan perhubungan .ianya juga mewujudkan bandar industri seperti bandar baru Nilai dan Shah Alam.Begitu juga dengan lebuh raya KESAS untuk mempercepatkan pengangkutan barangan industri daripada Shah Alam.

7. Teras pogram pembangunan pembangunan dan membantu keseimbangan antara wilayah .Melalui pembinaan kilang turut meujudkan kawasan bandar-bandar baru .Di Malaysia banyak terdapat kawasan industri bertukar menjadi bandar baru seperti Bandar Nilai,bandar raya Shah Alam,Petaling Jaya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang lengkap.

11. Masalah-masalah yang dihadapi untuk pembangunan sektor perindustrian. 
1. Masalah kekurangan modal atau kredit yang tidak mencukupi untuk menjalankan operasi kilang secara besar-besaran dan berdaya saing .Ia merupakan masalah yang utama.Ini menyebabkan sebahagian besar modal untuk menjalankan sektor perindustrian adalah bergantung kepada pemodal asing.Kekurangan modal ini adalah disebabkan olehsukar mendapat pinjaman kredit daripada bank tempatan dan keuntungan pusingan modal yang berpunca daripada kadar pulangan dan keuntungan yang rendah.

2. Kekurangan tenaga mahir yang mana mewujudkan persaingan untuk mendapatkan pekerja mahir @ berpendidikan yang lebih tinggi.Persaingan yang ujud bukan hanya dengan firma-firma besar dari luar negara tetapitetapi juga sektor-sektor lain dalam negaraKekurangan pekerja mahir menyebabkan sektor perkilangan tidak mampu mengeluarkan produk-produk yang lebih berkualitidan berdaya saing menyebabkan produk keluaran negara Malaysia di pasaran menjadi lemah.

3. Masalah kekurangan bahan mentah adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan bahan mentah di pasaran.Ini adalah kerana apabila bahan mentah berkurangan ia akan menyebabkn berlakunya peningkatan harga bahan mentah di pasaran dan seterusnya meningkatkan kos pengeluaran.Kekurangan bahan mentah adalah disebabkan oleh bahan mentah yang memang tidak mencukupi untuk menampung permintaan dalam pasaran tempatan menyebabkan bahan mentah tidak dapat dibekalkan dengan segera dan menganggu operasi kilang.

4. Masalah harga di pasaran antarabangsa timbul disebabkan oleh produk kilang yang kurang berkualiti dan kurang daya saing berbanding dengan produk kilang daripada negara lain.Keadaan ini adalah disebabkan oleh penggunaan teknologi yang rendah dan bahan tidak bermutu serta rekabentuk yang tidak menarik.Ianya menyebabkan harga pasaran produk menjadi rendah dan pengeluaran syarikat menjadi merosot Masalah harga juga disebabkan oleh persaingan produk dengan produk-produk yang lebih baik dari negara lain.

5. Masalah kekurangan infrastruktur.Kemajuan perusahaan perkilangan juga bergantung kepada faktor –faktor sokongan .Kekurangan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya ,jalan kereta api dan sebagainya menyebabkan perkembangan industri terbantut.Kekurangan infrastruktur bukan sahaja menyebabkan bahan mentah sukar di bawa masuk tetapi juga barangan yang siap kilang sukar untuk dipasarkan ke pasaran dengan cepat dan berkesan.Ini merugikan pengusaha terutama jika keluaran itu adalah barangan yang cepat rosak.

6. Masalah ketidakstabilan politik Keadaan politik yang kucar – kacir juga akan membantutkan perkembangan perkilangan.Ini disebabkan pelabur-pelabur asing tidak akan mengambil risiko di negara yang tidak stabil politik. Corak pemerintahan samada demokrasi,soaialis dan komunis juga akan mempengaruhi perkembangan perusahaan.

12.Program pembangunan industri. 
1. Menggalakkan kemasukan pelabur asing. Ianya dibuat melalui pemberian taraf perintis di antara 5 tahun sehingga 10 tahun. Pemberian taraf perintis ini membolehkan pelabur tempatan dan pelabur asing yang menceburi bidang baru akan mendapat pengecualian separuh bayaran cukai dalam tempoh lima tahun pertama.Memandangkan keadaan sektor perindustrian yang ada kini adalah digerakkan oleh pelabur asing sama ada dari Jepun,Korea ,Taiwan ,Amerika Syarikat dan Negara – negara Eropah.Walaubagaimanapun keadaan ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada ekonomi negara terutama apabila berlaku kegawatan ekonomi yang akan menyebabkan ramai pelabur yang hilang keyakinan dan menarik keluar pelaburan ke negara lain.

2. Stetegi kerajaan untuk memajukan industri ialah dengan menggubal Plan Induk Perindustrian Negara(PIP).Memerikan taraf perintis dan menubuhkan zon perdagangan bebas (FTZ) yang mana ianya ditubuhkan melalui kaedah pemberian insentif dan kemudahan kredit serta prasarana jika pelabur melokasikan kilang mereka di kawasan yang ditetapkan seperti di kawasan Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas,Pulau Pinang. Seterusnya kerajaan mengambil langkah mengenakan tarif kepada barangan import bagi melindungi pembuatan produk keluaran Malaysia.

3. Meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan(R&D). Pembangunan R&D dilaksanakan melalui cara pemindahan teknologi,perkongsian kepakaran , latihan lanjutan ,pinjaman tenaga pakardan sebagainya.Bidang R&D ini amat penting untuk menghasilkan inovasi-inovasi baru dan meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan bagi mengekalkan daya saing dipasaran antarabangsa memandangkan citarasa pengguna @pelanggan yang semakin berubah.Contohnya R&D dalam reka bentuk, sistem enjin dan aksesori kerta Proton yang di kemas kini dari semasa ke semasa.

4. Memberi bantuan modal,subsidi dan khidmat nasihat. Ianya khusus kepad pelabur tempatan di bawah skim IKS.Pelbagai kemudahan diberikan seperti Tabung Ushawan Kecil (TIKS) yang memberikan bantuan modal dan khidmat bimbingan pengurusan.Kerajaan juga talah menubuhkan Syarikat Pemodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF) untuk menambahkan dana atau modal tempatan. Ianya bertanggungjawab menawarkan kemudahan kredit kepada sektor pembuatan seperti pinjaman modal,pinjaman ekuiti,pinjaman untuk membeli menyewa kilang dan mesin.

5. Meluaskan pasaran antarabangsa dengan menjalinkan hubungan yang kukuh dan erat bagi mewujudkan sistem pasaran yang adil,telus dan liberal seperti di dalam AFTA dan APEC. Keajaan juga sentiasa meneroka pasaran –pasaran baru seperti Timur Tengah dan Benua Afrika.Kerajaan turut menubuhkan MATRADE yang dipertanggungjawabkan untuk mencari pasaran baru khusus bagi memasarkan keluaran barangan kilang Malaysia.

6. Kemudahan fizikal dan infrastruktur telah ditingkatkan pembangunannya.Antara kemudahan fizikal yang disediakan ialah sistem jaringan jalan raya yang cekap dan sistematik,sistem telekomunikasi,bekalan air,tenaga elektrik dan sebagainya dibina untuk melancarkan program pembangunan sektor perindustrian negara.Di samping itu kerajaan turut mewujudkan Zon Perdagangan Bebas(FTZ)dan kawasan estet perindustrian sebagai usaha menarik pelabur menanam modal kerana dikawasan tersebut disediakan oleh kerajaan seperti penawaran buruh murah sumber bahan mentah yang banyak dan kemudahan asas yang lengkap.

13. AGLOMERASI INDUSTRI: 

Suatu proses penglokasian industri yang dirancang,dilengkapi kemudahan utiliti dan pengangkutan, mengandungi pelbagai jenis industri saling yang saling bergantung antara satu sama lain supaya berdekatan antara satu sama lain atau ditempatkan di satu kawasan yang sama untuk memperolehi faedah bersama. Contohnya Shah Alam- Petaling Jaya.

14. ESTET INDUSTRI :

Kawasan pengelompokan atau aglomerasi industri di sesuatu tempat yang telah dikhaskan oleh kerajaan yang dilengkapi kemudahan utiliti dan pengangkutan untuk memperolehi faedah ekonomi bidangan. Kawasan ini terletak di lingkungan zon perdagangan bebas (FTZ). Estet perindustrian mempunyai ciri-ciri yang khusus dan tersendiri iaitu:

a) Kawasan tersebut menempatkan kilang-kilang yang saling berkait atau saling bergantung antara satu sama lain pada lokasi yang berdekatan. Contohnya industri membuat kereta PROTON di Batu Tiga Shah Alam, Selangor yang di sekitarnya terdapat kilang membuat tayar (Good Year), industri cat (Berger), kilang aksesori dan alat ganti.

b) Kilang-kilang berkenaan diletakkan berhampiran dan berdekatan atas berbagai tujuan seperti menjimatkan kos pengangkutan input dan output (jarak dekat), pertukaran buruh dsb.

c) Memudahkan perkongsian dan kerjasama dari segi pasaran, maklumat, kepakaran dan kemahiran, teknologi dan R&D (faedah ekonomi bidangan).

15. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AGLOMERASI INDUSTRI

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengelompokan industri, antaranya ialah :
i. Dasar kerajaan yang menyediakan kawasan/tapak khas untuk industri diletakkan secara berkelompok seperti di FTZ yang dilengkapi dengan utiliti, pengangkutan dan sebagainya. Oleh itu industri -industri akan tertarik dan tertumpu di kawasan berkenaan kerana tidak perlu lagi menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut.

ii. Menyeimbangkan pembangunan antara kawasan ekonomi maju dengan kawasan membangun dan mempelbagaikan ekonomi sesuatu kawasan yang selama ini banyak bergantung kepada ekonomi ekstraktif.

iii. Pengezonan semula guna tanah khususnya di bandar yang sudah padat dan tepu bina
iv. Memperolehi keuntungan daripada perkongsian kepakaran dan teknologi. Bagi sesetengah industri berkemungkinan memerlukan kepakaran dan teknologi yang sama.

v. Penjimatan kos. Kos untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti akan menjadi lebih rendah kerana pengelompokan pelbagai jenis industri di kawasan yang sama. Misalnya industri pembuatan kereta diletakkan berdekatan dengan industri pembuatan tayar dan industri pembuatan cat, aksesori dan alat ganti. Kos pengangkutan (bahan mentah dan produk) juga dapat dijimatkan dengan pengelompokan industri . Kos pengeluaran adalah berkadar langsung dengan jarak yang boleh mempengaruhi perletakan industri samada berkelompok atau berselerak.

vi. Pasaran dan buruh. Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai akan menawarkan tenaga buruh yang mudah dan pasaran yang luas. Di Bandar besar juga mudah untuk memperolehi tenaga buruh yang mahir dan terlatih misalnya di UM, UKM, UPM, kolej, Institut kemahiran dsb. Pasaran lebih luas kerana saiz pasaran yang luas dan kuasa beli yang tinggi.

vii. Untuk memperolehi keuntungan daripada perkongsian kemudahan asas seperti gudang penyimpanan (storage), tempat pelupusan/rawatan sisa, perkongsian kemudahan perkhidmatan seperti banking, komunikasi, pengangkutan, insurans dsb.

viii. Memperolehi pelepasan tariff tertentu. Kawasan pengelompokan industri biasanya dijadikan kawasan bebas cukai, justeru industri-industri akan tertarik untuk berkelompok bagi memperolehi faedah pelepasan cukai seperti pemberian taraf perintis dan kemudahan-kemudahan fizikal yang lain.

16. KESAN-KESAN PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SEKTOR PERINDUSTRIAN KE ATAS KOMPONEN ALAM SEKITAR FIZIKAL BERIKUT :

i. LITOSFERA

Pembuangan sisa toksik dan bahan radio aktif boleh mengubah struktur tanih, hilang kesuburan. Perubahan landskap(pandang darat) daripada landskap semulajadi contohnya kawasan hutan kepada landskap budaya(pembinaan kilang, kemudahan infrastruktur, utiliti dsb). Menjadikan pandang darat berceranggah seperti lokasi industri petro-kimia di Kerteh.

Kawasan tanah tinggi diratakan/diteres/ditarah untuk pembinaan kilang-kilang telah mendedahkan tanah kepada agen-agen hakisan dan luluhawa dimana telah meningkatkan kadar air larian permukaan seterusnya meningkatkan kadar hakisan tanah.

Pencemaran sampah sarap dari kilang-kilang, petempatan,perniagaan dsb akan membawa kepada pencemaran bau dan wabak penyakit.

ii. ATMOSFERA 

Meningkatkan kadar pencemaran udara dan jerebu melalui pembakaran bahan api fosil pelbagai bahan pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida (industri kimia) dan partikel-partikel terampai (PM10) dalam atmosfera.

Aktiviti industri yang membebaskan gas-gas pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida memanaskan keadaan cuaca tempatan meningkatkan kejadian pulau haba (pemanasan setempat).

Pulau haba bandar disebabkan banyak kilang dibina di Bandar besar atau berhampiran. Indeks suhu sebagai satu komponen sumber udara akan meningkat akibat daripada kepekatan karbon yang tinggi di atmosfera yang dilepaskan oleh pelbagai punca industri.

Haba yang terperangkap membolehkan mekanisme kesan rumah hijau berlaku sehingga menyebabkan persekitaran khususnya di kawasan industri akan lebih panas.

iii. HIDROSFERA 

Pencemaran sumber air permukaan seperti air sungai, tasik, paya, kolam, muara, laut melalui pembuangan bahan enap cemar atau sisa industri ke dalam sumber air tersebut. Sisa-sisa industri yang dibuang dari kilang memproses akan menyebabkan kandungan BOD dalam sungai meningkat, air menjadi keruh, berubah warna, berbau busuk, beracun dan bertoksid.

Lebihan ammonia dan bahan terlarut akan larut dalam air akan mengubah kandungan kimia air dan menjejaskan organisma akuatik serta merosakkan rantaian ekosistemnya. Kuantiti oksigen terlarut (DO) akan berkurangan boleh memusnahkan hidupan akuatik. Kadar ketersampaian cahaya akan terjejas akibat dari bahan sedimen terampai seperti minyak & gris mengancam hidupan akuatik kerana proses fotosintesis terganggu.

iv. BIOSFERA 

Pencemaran bau dan kebisingan dari jentera, mesin kilang mengganggu ketenteraman awam. Gangguan kesihatan penduduk akibat fenomena pencemaran udara dan jerebu (kualiti udara rendah), pencemaran air, hujan asid dsb memudaratkan kesihatan seperti penyakit gatal, barah kulit, asma, bronchitis dsb

Kesesakan lalulintas akan berlaku apabila pekerja kilang bertambah.Kesesakan berlaku apabila jumlah kenderaan yang digunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja bertambah. Kesannya masalah aliran trafik akan berlaku yang boleh melambatkan perjalanan dan meningkatkan risiko berlaku kemalangan kepada penduduk sekitar dan pekerja kilang sendiri.

Pertambahan tenaga buruh menyebabkan sesuatu kawasan seperti di bandar menjadi padat dan sesak. Keadaan ini biasanya boleh menimbulkan pelbagai amsalah sosial seperti penyakit berjangkit, masalah jenayah, penyalahgunaan dadah dsb.

Mewujudkan persaingan guna tanah mungkin menimbulkan konflik dengan kawasan petempatan penduduk, kawasan pertanian, rekreasi dsb.

17. LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN NEGATIF INDUSTRI PERKILANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL/PENGLESTARIAN SEKTOR PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA 
i. PERUNDANGAN

Langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat kepada mana-mana pengusaha atau syarikat yang mencemarkan alam sekitar seperti kes pembuangan sisa toksid, mencemarkan sungai, mencemar udara, tanah dsb.

Hukuman dan denda maksimum perlu dikenakan kepada pesalah alam sekitar seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Selain itu, tindakan menggantung, menarik balik lesen operasi, menyita syarikat yang membuang sisa efluen kilang tidak mengikut standard.

Langkah-langkah pemantauan, kawalan, penyeliaan yang lebih kerap dan tegas haruslah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan Standard Kualiti yang ditetapkan.
Mewajibkan laporan EIA kepada pengurusan kilang dari masa ke semasa dan berterusan kepada pihak-pihak yang berwajib bagi menjamin industrinya sentiasa mesra alam.

ii. PENGURUSAN
Pengurusan sisa toksik yang cekap dan berkesan seperti setiap kilang diwajibkan menyediakan takungan khas untuk simpanan sisa toksik dan tidak membuang sisa tersebut ke dalam sungai,tasik atau sumber air yang lain.

Sisa toksik mesti dirawat dahulu sehingga risiko kesan sampingannya berada pada tahap yang paling minimum sebelum dialirkan ke dalam sumber air.
Perlaksanaan R&D dalam konteks pengurusan sisa pepejal perlu dikembangkan dan diperluaskan oleh setiap syarikat contohnya R&D dalam kitar semula bahan buangan agar tidak membazir.

Industri yang melepaskan asap pencemar melebihi standard kualiti yang dibenarkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar diwajibkan menggunakan kaedah sebelum bahan-bahan pencemar tersebut dilepaskan ke udara contohnya system penapis di dalam serombong asap agar kosentrasi bahan pencemar boleh terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat, tidak membuat pembakaran terbuka seperti habuk kayu dalam industri pemprosesan kayu balak atau sekam padi.

Bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula, dijadikan bahan mentah untuk IKS, atau dibiar reput sebagai baja kompos.

Peralihan kepada teknologi industri yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar terutamanya dalam konteks penggunaan tenaga, contohnya, kebergantungan kepada bahan api fosil seperti petroleum perlu diminimakan dan lebih banyak bergantung kepada tenaga alternatif yang murah dan bersih seperti menggunakan tenaga hidroelektrik, gas asli (NGV), tenaga solar.
Selain itu, industri pencucian dan pelarut dilarang menggunakan bahan yang mengandungi CFC, perlu menggantikan dengan bahan yang lebih bersih dan mesra alam seperti menggunakan air.

iii. KEMPEN
Kempen-kempen kesedaran kepada pengusaha dan kakitangan sektor industri yang menjadi masyarakat industri tentang pentingnya menguruskan alam sekitar dengan bijak dan cekap.
Kempen boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti projek penghijauan persekitaran industri , membersih dan menjaga sungai melalui aktiviti amal dan sosial, mengadakan peraduan, pertandingan yang mesra alam dsb.

Kempen juga boleh dilakukan oleh media cetak dan elektronik, bengkel pemahaman dan penghayatan alam sekitar dsb yang relevan.

Usaha ke arah keberkesanannya haruslah digerakkan dan dijana oleh bahagian Teknologi dan Pendidikan Alam Sekitar di Kementerian Sains dan Teknologi.


0 comments:

Post a Comment

News

Loading...